Jul 18, 2013

Surah Al-Fatiha سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ 
 (عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ(٧


Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) 

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari



Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Di sini ingin dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh sebulan.



 sumber : hanyapadamu

Jul 17, 2013

Zikir utk diringankan jodoh…

Amalan harian…

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.” (Surah al-Anbiya’ ayat 89)

P/s- Doa ini sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh…

sumber : syirah

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah


Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW: 


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir


Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Jul 16, 2013

DOA UNTUK IBU BAPA

” Ya Allah.. Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka, Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah.. Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku semenjak aku kecil..

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah.. hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.. Amin..

Cinta Allah Yang Agung


Apabila ilusi hidup sudah bisa dikenal dan dipasti
Maka terlerailah sekalian belenggu buatan diri
Maka terbebaslah jiwa yang merdeka dari sekalian ilusi.
Yang disangkanya musibah, sebenarnya rahmat
Yang disangkanya Tuhan, sebenarnya iblis
Yang disangkanya ugama, sebenarnya hawa nafsu ammarah
Yang disangkanya baik, sebenarnya buruk
Yang disangkanya bersih, sebenarnya nista semata
Begitulah sebuah ilusi kehidupan ciptaan Zat Yang Maha Agung.
Jika anta muslim, si kristian kafir
Jika anta kristian, si muslim kafir
Jika anta yahudi, siapa pula yang kafir?
Zat yang Agung meliputi apa yang kelihatan dan yang tersembunyi
Apakah bisa ada hujjah lagi?
Fabi ayyi aalaa i robbikuma tukazzhiban?
Maka hakikat yang mana mahu kamu dustakan lagi?
Datang malam, hilang siang
Datang siang, hilang malam
Hilang hamba, datang Tuhan
Hilang Tuhan, datang hamba
Begitulah sifat alam
Aku tidak melihat kepada rupa mu,
Aku hanya melihat apa yang terkandung didalam hatimu!
Tanggalkanlah terompah mu wahai Musa!
Tanggalkanlah serbanmu
Cukurlah janggutmu
Buanglah sekalian ilmu
Hindarkanlah sekalian gelaranmu
Datangilah Aku dengan hati yang bersih dari sekalian sifat alam
Baru bisa kau menatap wajah Ku.

Cinta Allah


Ilusi insan, ilusi alam
Ilusi Tuhan, ilusi Hamba
Semuanya ilusi, semuanya sangkaan, semuanya TabirNya.
Tiada salah, tiada benar
Tiada imam, tiada makmum
Tiada anak, tiada isteri
Tiada ulama’, tiada jahil,
Semuanya TabirNya.
Tiada zahir, tiada batin
Tiada awal, tiada akhir
Tiada kufur, tiada iman
Tiada Rasul, tiada umat
Semuanya TabirNya.
Tiada ugama, tiada falsafah
Tiada mazhab, tiada tariqat
Tiada mazkur, tiada zikir
Tiada madlul, tiada dalil
Tiada sembahan, tiada yang disembah
Semuanya TabirNya.
Yang ada hanya Dia, Zat Yang Agung
Hilangkan sekalian sifat, nama dan af’al
Hilangkan sekalian salah-sangka.
Hidup bukan untuk berugama
Hidup bukan untuk berselindung disebalik AlQuran dan AlHadith
Hidup bukan untuk mendabik dada.
Hidup bukan untuk takut
Hidup bukan untuk bergundah-gelana
Hidup bukan untuk menyalahi lantas menghukum
Hidup bukan untuk mati.
Lepaskanlah sekalian ilusi minda dan hati
Baru bisa merasa hidup sejati.

Tanda tanda makrifatullah


MAKRIFATULLAH : Mengenal Allah SWT, pada Zat-nya, pada Sifat-nya, pada Asma-nya dan pada Af’al-nya.

Tanda tanda makrifatullah

1. Kembali sesuatu kepada Allah
2. Bergantung kpd Allah
3. Hilang dirinya segala sesuatu melainkan Allah
4. Nampak Allah dalam segala perkara
5. Dikurniakan rezeki luas
6. Pembukaan khazanah kefahaman 
7. Bila berada pada Nut sentiasa mendaat taufiq
8. Menjadi saksi rindu pada Allah


Redha Allah Dalam Melakukan.....



1. Melakukan segala perkara dengan sebaik mungkin
2. Berkongsi segala nikmat yang kita Ada untuk kebaikan umrah
3. Tidak sukakan pangkat dan Nama
4. Tidak suka dipuji dan tidak takut di keji


Sama sama kita jihad melawan nafsu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...